Thursday 1 October 2015

FACILITATOR SQUAD TRAINING 15 (FST 15)

Posted by Faciteam on 16:54 with No comments
FACILITATOR SQUAD TRAINING 2015
Kem Cengal, Taman Pertanian Jubli Perak
18th - 20th September 2015

Anak siam ada halkum, 
Assalamualaikum...

Alhamdulillah sekali lagi kita telah berjaya menganjurkan program tahunan Faci Team iaitu FST  singkatan kepada Facilitator Squad Training. 

Antara tujuan FST ini diadakan adalah untuk memperkenalkan ahli2 baru kepada keluarga Faci Team selain memberi penekanan kepada 4 kunci kebitaraan (kalau x ingat baca balik post yg lepas :p ) dan tujuan utamanya adalah untuk merapatkan ukhuwah antara senior dan junior. (yang tua disayangi, yang muda dikasihi, yang pergi diingati..... )

Program ini disertai oleh 39 peserta, 13 komiti dan 11 faci. 

Antara tentatif programnya ialah:

Jumaat~

5.00pm - pendaftaran di MAC Khalid al-Walid
5.30pm - bertolak ke Kem Cengal
6.00pm - makan malam, kendiri
7.00pm - solat Maghrib, Mathurat & solat Isya'
9.00pm - taaruf dan LDK
11.00pm - supper, al-Mulk, bersurai

Sabtu~

4.30am - bangun, bersiap
5.00am - Qiamullail
6.00am - Solat Subuh, Mathurat, kuliah subuh
7.00am - riadah dan sarapan pagi
8.00am - LDK
10.15am - berehat dan solat Dhuha
11.00am - LDK
12.30am - makan tengahari, solat Zohor
2.00pm - LDK
4.15pm - solat Asar, minum petang
5.00pm - Water Rafting
6.30pm - makan malam, kendiri
7.00pm - solat Maghrib, Mathurat, Solat Isya'
9.00pm - LDK
11.00pm - supper, al-Mulk, bersurai

Ahad~

5.30am - kendiri
6.00am - solat Subuh, al-Mulk, kuliah subuh
7.00am - riadah, explorace
10.15am - minum pagi
10.30am - resolusi 
11.00am - LDK, kemas barang
12.30am - majlis penutup
1.15pm - solat Zohor, makan tengahari
3.00pm - pulang ke UIA Kuantan

Itu antara serba sedikit perjalanan program sepanjang 3 hari 2 malam di Kem Cengal walaupun diganggu monyet, biawak, kelas hari sabtu dan bekalan air dihentikan seketika, tetapi program tetap berjalan dengan jayanya. 

Jutaan tahniah kepada para peserta, faci dan juga para komiti yang sentiasa memastikan kelancaran program ini.

Kalau ada sumur di ladang, 
boleh kita bertumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi.


Ini antara kenangan yang dapat diselitkan sedikit dalam memori kita semua,














Payung gambar semorang :D




sehingga ketemu lagi. 

akhir kata, 

ingat aku dalam doamu....

Bad Boys

Friday 11 September 2015

TEKNIK BELAJAR MAHASISWA BITARA (TBMB)

Posted by Faciteam on 09:01 with No comments
TEKNIK BELAJAR MAHASISWA BITARA
Lecture Hall 3, Kulliyah of Pharmacy (KOP), IIUM Kuantan Campus
10 Septermber 2015
in collaboration with PKPIM

Penceramah Khas: Mohammad Fazril bin Mohd Saleh, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)


Assalamualaikum pembuka kata, 
Teknik mahasiswa bitara menjadi bahan cerita.


Kali ini, Faciteam dengan kolaborasi PKPIM (Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia) dengan jayanya telah melaksanakan  perkongsian Teknik Belajar Mahasiswa Bitara yang disampaikan oleh abg Fazril (graduan UIAM dalam bidang Sains Kemanusiaan (Sejarah dan Ketamadunan).


Alhamdulillah, banyak input2 yang sangat berguna telah disampaikan oleh abg Fazril dalam perkongsian kali ini. 


Abg Fazril

Sebelum kita melangkah jauh, kita haruslah memahami dan menghadam apa itu maksud disebalik mahasiswa bitara. Menurut penceramah, 

Mahasiswa boleh dibahagikan kepada dua suku kata 
~maha (pinjaman bahasa sanskrit yg melambangkan yang besar, yang hebat)  
~Siswa yang  bermaksud  seseorang pelajar yang belajar pada tahap tinggi iaitu tahap ketiga (selepas sekolah rendah (primary level), sekolah menengah (secondary level)). 

Manakala Bitara juga dibahagikan kepada dua suku kata 
~Bi (pinjaman imbuhan parsi yg bertindak sebagai kata nafi, contoh tidak/tak) 
~Tara = takat/had/limit.

 Jadinya gabungan Mahasiswa Bitara ini bermaksud seorang pelajar pada tahap tinggi yang hebat dan tiada limit. (betul ke idok?) .


Pembaca yang dikasihi sekalian, 

Di sini speaker telah menekankan 4 lingkungan kebitaraan yang perlu diterapkan oleh seseorang mahasiswa untuk melangkah ke tahap kebitaraan. Langkah tersebut ialah:

  • Idealisme
antara kategori yang perlu dipenuhi dalam lingkungan ini ialah mahasiswa itu perlu mempunyai wawasan yang jelas, cita2, azam dan yang paling penting niat haruslah sentiasa diperbetulkan. "Sesungguhnya setiap perbuatan itu dimulai dengan niat"hadis pertama dalam Arbaun Nawawi.
  • Intelektualisme
Sepotong hadis ada menyebut "Barang siapa membuka jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan membuka jalan untuknya ke syurga". ini membuktikan bahawa menuntut ilmu itu sesuatu yang berharga.Ilmu itu sifatnya bertambah, makin diberi makin meningkat tahap pemikiran bukan seperti harta yang mana makin diberi makin berkurang.
  • Aktivisme
dalam lingkungan ini, mahasiswa haruslah mempraktikkan ilmu yang dimiliki supaya ianya bermanfaat kepada masyarakat sekeliling. mahasiswa ini  juga haruslah pandai membahagikan masa antara kemahuan dan keperluan.
  • Spiritualisme
spiritual atau aspek rohani ini adalah perkara yang paling penting kerana ia dapat mengawal lingkungan kebitaraan yang lain kerana sifatnya begitu. jika kita menjaga hubungan dengan Allah, insyaAllah hubungan kita dengan makhluk lain akan terpelihara. Begitu juga dengan ilmu, jika kita menjaga adab2 untuk menuntut ilmu, ilmu yang kita perolehi insyaAllah ada berkatnya.

Sahabat sekalian,


untuk mengekalkan momentum langkah tersebut  mahasiswa haruslah memenuhi beberapa lapangan disiplin ilmu yang telah digariskan oleh speaker. Antaranya ialah:

aspek Spiritualisme~~

#menjaga solat berjemaah setiap waktu 
#membaca Quran setiap hari
#menghafal al-Quran dan hadis
#zikir pagi & petang

aspek Idealisme / intelektualisme~~

#membaca buku sekurang2nya 1 jam sehari
#menelaah pelajaran yang telah dipelajari
#berdiskusi

aspek  Aktivisme~~

#membaca akhbar yang sahih maklumatnya
#sukarela membantu orang
#bersedekah setiap hari
#bertegur sapa dengan jiran
#menelefon ibu bapa setiap minggu

aspek  Pengurusan kendiri~~

#kemaskini plannar (jadual) setiap hari
#sediakan keperluan untuk esok sebelum tidur
#rancang perbelanjaan
#kemas bilik/rumah


Cukup2lah tu.... orang kata apa, biar sikit asal istiqamah daripada banyak tapi hmmmmm.... (yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran).... :P


3 pesanan yang selalu  Abg Fazril pesan terutama kepada budak2 PKPIM, 

~jangan tidur selepas solat subuh
~bawa buku kemana2 saja 
~berkhidmat 

Ini  adalah antara gambar yang sempat ditangkap dan dipenjarakan dalam blog ini:















adegan guru 'besar' memarahi murid yang terlupa bawa buku








akhir kalam, ingat daku dalam doamu.

#hidupbiarberjasa

Bad Boys




Thursday 10 September 2015

RaRing 1.0 : Anyeong!

Posted by Faciteam on 10:24 with No comments
Rabu Gathering 1.0 : Anyeong!
Kulliyyah of Pharmacy (KOP), IIUM Kuantan Campus
9 September 2015



Assalamualaikum dan anyeong kpd semua ahli faciteam yg baru mahupun yg veteran, terutama sekali kepada Abang Helmi, Kak Feyna, Kak Caren, Kak Yana, Kak Mimi, Kak Tinie dan Rauf 

Alhamdulillah,  walaupun ada kekangan cuaca yg tidak menentu, jerebu yang melanda dan kesibukan add/drop subject, tetapi untuk kesekian kalinya RaRing untuk sesi 2015/2016 telah diadakan dengan jayanya. 

SELAMAT DATANG!
ANYEONG!
AHLAN WASAHLAN!
WELCOME!
WILLKOMMEN! 

Kepada pelajar tahun pertama sesi 2015/2016 yang memegang nombor matrik 151xxxx!


Buat pertama kalinya, RaRing diadakan di foyer KOP pada minggu yang pertama.

Tak Faciteam laa kalau takdak modul untuk setiap kali perjumpaan. 
Untuk kalini, CC (Abg Helmi) dan Ketua Modul (Rauf) mengetuai aktiviti modul iaitu "Tak Kenal maka Taktau"


Biarlah gambar yang berbicara dan menyingkap kenangan. Peh!
Donut Taaruf


Bayangan 10 tahun akan datang
"Klinik Dr Abidin"
"Kahwin empat"
"Community Service"

"Jangan tunggu final year baru nak berubah, mulakan perubahan anda mulai hari ini."
(Amanat CC)
Moga kita semua mendapat input dari perjumpaan kali ini.
Harapnya kehadiran anda akan berkekalan sehingga bertemu lagi. In sha Allah :)

Bad Boys

Sunday 6 September 2015

Client Day 2015

Posted by Faciteam on 23:01 with No comments
Client Day 2015
6 September 2015, Banquet Hall OCD

Client Day adalah salah satu medium untuk memperkenalkan persatuan-persatuan atau organisasi-organisasi yang ada di IIUM Kuantan kepada pelajar-pelajar tahun baru. 

Alhamdulillah, IIUM Facilitator Team turut terlibat sama dalam menjayakan dan mempromosikan persatuan fasilitator.




Kem Jati Diri Tingkatan 1 dan 2 InSTAR

Posted by Faciteam on 22:44 with No comments
Kem Jati Diri Tingkatan 1 dan 2 
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak, Pekan
21th - 22th Ogos 2015

Alhamdulillah pada tarikh yang berkenaan, seramai 150 orang adik-adik dan 20 orang fasilitator telah menjayakan program ini bersama-sama. 


















Saturday 18 May 2013

Surah al-Kauthar (Surah Nikmat yang Banyak)

Posted by Faciteam on 01:47 with No comments

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.

1) Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) nikmat melimpah-ruah.

2) Kerana itu dirikanlah solat dan berkorbanlah dengan ikhlas kerana Tuhanmu.

3) Sesungguhnya orang yang benci kepada engkau dialah orang yang putus keturunan.


         Surah ini dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w. sama seperti Surah AdDuha dan Surah al-Inshirah. Dalam surah ini Allah hiburkan Rasul-Nya dan menjanjikannya dengan nikmat kebaikan yang melimpah dan mengancam musuhnya dengan malapetaka keputusan keturunan dan mengarahkannya ke jalan bersyukur. Kerana itu surah ini merupakan satu gambaran dari kehidupan dakwah dan kehidupan pendakwah pada zaman permulaan Islam di Makkah, iaitu satu gambaran

[Rabu Gathering: Dr. Muhammad Awang’s Application of Theory in Practical]

Posted by Faciteam on 01:38 with No comments
KDB (know, do, being in the state of change)
  • 1st, we must have the knowledge (theory) to understand something
  • Then, baru kita boleh apply our knowledge (practical)
  • And the last one, to be consistent (state of being of change) requires IHSAN
  1. Meaning of ihsan: Kamu mengabdikan diri kepada Allah seakan-akan kamu boleh melihat Allah, sekiranya kamu tidak mampu, ketahuilah bahwa Allah sentiasa melihat kamu
  2. Ihsan adalah perkara paling penting antara KDB, tanpa mengurangkan sedikit pun  kepentingan knowledge and practical
  3. Theory is knowing what to do, practical is doing what you know and ihsan is doing it the right way (Islamic value and ethics)

"Arts of Transferring from Theories to Practical. How?" oleh Dr Muhamed, Dean of Kulliyah Of Pharmacy.

Posted by Faciteam on 01:32 with No comments
TEORI nya, semua orang mahu berubah kearah kebaikan, semua orang TAHU. Tetapi secara PRACTICAL nya, bukan semua MAHU berubah & MAMPU untuk terus KONSISTEN mendidik diri untuk berubah kepada fitrah penciptaan seorang insan yg benar2 mencintai kebaikan.

HOW : Kunci kepada permasalahan ini, salah satunya melalui penghayatan, penerapan & didikan sebenar sifat IHSAN di dalam diri. Tak kiralah ke mana pun kita berada atau mana2 situasi dlm kehidupan.